Saturday, September 17, 2011

Kehilangan...


Assalamualaikum.....  Selepas beberapa ketika pena mengundur diri, terdetik hati mencoret tinta melewati hari-hari  sebagai seorang hambaNya. Dalam sedar ataupun tidak, kita tidak pernah lekang dengan kelalaian. Hubungan kasih sayang setiap insan adalah salah satu anugerah dari padaNya untuk kita lebih menikmati kehidupan di dunia ini. Namun, ada kalanya kita leka sehingga mengabaikan seseorang yang menyayangi kita dan sanggup bersusah kerana kita. Kenapa kita terlalu naif sehinggakan menyakitkan hati mereka yang menyayangi diri kita sehinggakan apabila mereka sudah meninggalkan dunia ini, baru kita sedar akan kewujudannya dan meratapi kehilangannya. Adakah dengan titisan air mata segala dosa dan kelalaian kita akan dapat menyelamatkan kembali insan yang telah lama kita abaikan. Wahai teman, ingatlah hidup di dunia hanyalah sekali. Jangan musnahkan dengan kebencian. Siramilah kehidupan dengan kasih sayang, sayangi setiap insan.