Saturday, September 17, 2011

Kehilangan...


Assalamualaikum.....  Selepas beberapa ketika pena mengundur diri, terdetik hati mencoret tinta melewati hari-hari  sebagai seorang hambaNya. Dalam sedar ataupun tidak, kita tidak pernah lekang dengan kelalaian. Hubungan kasih sayang setiap insan adalah salah satu anugerah dari padaNya untuk kita lebih menikmati kehidupan di dunia ini. Namun, ada kalanya kita leka sehingga mengabaikan seseorang yang menyayangi kita dan sanggup bersusah kerana kita. Kenapa kita terlalu naif sehinggakan menyakitkan hati mereka yang menyayangi diri kita sehinggakan apabila mereka sudah meninggalkan dunia ini, baru kita sedar akan kewujudannya dan meratapi kehilangannya. Adakah dengan titisan air mata segala dosa dan kelalaian kita akan dapat menyelamatkan kembali insan yang telah lama kita abaikan. Wahai teman, ingatlah hidup di dunia hanyalah sekali. Jangan musnahkan dengan kebencian. Siramilah kehidupan dengan kasih sayang, sayangi setiap insan. 


Tuesday, August 9, 2011

Jatuh Cinta...


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta.. 
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  


Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  


Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.  


Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.  


Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  



Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.  


Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  


Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.  


Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.  


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.....

Sunday, July 10, 2011

CINTA....

Terdetik hati merungkai pena menajam ungkaian kata. Menjalani hari-hari yg membosankan membuatkan aku berfikif sejenak tentang cinta. Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin rasa disayangi dan dimiliki.Cinta antara manusia telah wujud sejak Adam dan Hawa diciptakan. Namun begitu, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta dari sang Pencipta. Dialah yang mencipta segala rasa cinta dengan fitrah bahagia, dendam, rindu, sayang dan segala rasa yang terbias dek perasaan cinta. Kini, Cinta manusia yang semakin hipokrit dengan janji-janji palsu. Butakah cinta atau kita yang membutakan hati menerima cinta  yang entah benar atau tidak. Sesungguhnya, cinta merupakan saat manis untuk difikirkan tetapi apabila hati sudah serik dengan CINTA, maaflah. Sudah tiada kemanisan cinta untuk diagungkan. Namun, bila hati berbicara dalam kerinduan kasih sayang dan ingin rasa disayangi, terdetik di hati mencari cinta abadi, wujudkah lagi dalam dunia ini? Adakah masih wujud sebuah perhubungan agung seagung cinta Syah Jahan kepada Mumtaz, sesuci kasih Adam kepada Hawa.


Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat.
~HAMKA


Namun, saatsaat sang hamba diuji cinta mereka oleh sang Pencipta, ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cinta kepada manusia. Adakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan oleh hati manusia yang kontang ini? Fikirkanlah.............