
Terdetik hati merungkai pena menajam ungkaian kata. Menjalani hari-hari yg membosankan membuatkan aku berfikif sejenak tentang cinta. Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin rasa disayangi dan dimiliki.Cinta antara manusia telah wujud sejak Adam dan Hawa diciptakan. Namun begitu, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta dari sang Pencipta. Dialah yang mencipta segala rasa cinta dengan fitrah bahagia, dendam, rindu, sayang dan segala rasa yang terbias dek perasaan cinta. Kini, Cinta manusia yang semakin hipokrit dengan janji-janji palsu. Butakah cinta atau kita yang membutakan hati menerima cinta yang entah benar atau tidak. Sesungguhnya, cinta merupakan saat manis untuk difikirkan tetapi apabila hati sudah serik dengan CINTA, maaflah. Sudah tiada kemanisan cinta untuk diagungkan. Namun, bila hati berbicara dalam kerinduan kasih sayang dan ingin rasa disayangi, terdetik di hati mencari cinta abadi, wujudkah lagi dalam dunia ini? Adakah masih wujud sebuah perhubungan agung seagung cinta Syah Jahan kepada Mumtaz, sesuci kasih Adam kepada Hawa.
Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat.
~HAMKA
Namun, saatsaat sang hamba diuji cinta mereka oleh sang Pencipta, ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cinta kepada manusia. Adakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan oleh hati manusia yang kontang ini? Fikirkanlah.............